Kaum orang ulu terdiri daripada 20 etnik kecil yang disatukan dan berasal drp Pedalaman Sarawak tengah iaitu dari Dataran Usun Apau, Krayan-Kelabit dan Apo Duat. Antara etnik yg bernaung di bawah kelompok org ulu ialah Kayan, Kenyah, Penan, Kelabit, Punan, Sebob, Lunbawang, Lundayeh, Kajang, Klemantan, Kejaman, Kiput dan sebagainya. Dikatakan, etnik-etnik Orang Ulu ini berasal daripada satu kaum induk, berdasarkan tradisi lisan asal-usul daripada nenek moyang yang bernama Lenjau Suuh dan Bawe’.
Related: EKSPEDISI GUNUNG STONG
Kini, etnik org ulu majoriti berada di Daerah Baram, Bintulu, Belaga, Bakun dan pelbagai tempat lain dengan mewakili 5.5% populasi Sarawak
Apa yang menarik ialah, kod pakaian orang ulu yang sangat berwarna-warni, dipenuhi manik-manik yang diperbuat secara lokal di Sarawak. Manik-manik itu pula dijahit dengan motif yang indah di atas kain hitam dengan corak-corak alami. Dipercayai, warna hitam melambangkan kuasa, menguatkan lagi kepercayaan Austronesia terhadap budaya matrilineal. Topi manik yang dipakai membezakan etnik-etnik ini. Pakaian lelaki orang ulu biasanya diperbuat daripada kulit kayu atau dipanggil sebagai Talun.
Related: APABILA ANDA MEMBUNUH 10 JUTA NYAWA PENDUDUK AFRIKA, ANDA TIDAK AKAN DILABEL HITLER
Etnik orang ulu mempunyai penampilan yang sangat menarik dan rupa yang cantik. Berada dalam kelompok etnik orang ulu, ibarat berada di syurga dunia. Perempuan orang ulu kebiasaannya berwajah cerah atau sedikit perang, dan ramai yang mempunyai pipi yang kemerah-merahan. Mungkin disebabkan oleh cuaca sejuk bagi mereka yang tinggal di tanah tinggi. Lelaki orang ulu pula kebanyakannya mempunyai bentuk tubuh yang kekar dan tegap. Situasi ini mungkin rentetan daripada genetik bapa-bapa mereka yang selalu terlibat dalam perang kayau (penggal kepala). Etnik Kayan digelar Kayau Kung atau Raja Penggal kerana kehebatan mereka dalam perang kayau ini, sehingga memaksa etnik-etnik Kajang, Melanau dan Penan berhijrah dari kawasan asal mereka di Baram atau Belaga.
Kaum orang ulu juga mempunyai budaya yang sama dengan kaum-kaum Austronesia yang lain seperti Budaya Menghormati orang tua dengan panggilan yang baik menunjukkan mereka orang tua, tradisi perkahwinan yang semirip dengan adat melayu, budaya bertatu dan sebagainya. Selain itu, Masyarakat Orang Ulu sangat pandai membuat kraftangan seperti Bakul, Rantai dan manik. Kebanyakan etnik dalam kaum orang ulu membuat rumah panjang yang diperbuat daripada kayu berlian yang sangat bermutu tinggi. Etnik orang ulu juga pandai bermain alat muzik tradisi seperti sape dan suka menari tarian-tarian adat yang mempunyai kehalusan budaya tersendiri.
Pengelasan Orang Ulu sebenarnya lebih menjurus kepada istilah politik yang dimulakan pada tahun 1969 yang peka terhadap nasib etnik-etnik minoriti yang kian pupus kebudayaan dan bahasa mereka.
Namun kini, di atas kemandirian kaum yang diintegrasikan selepas perang kayau ditamatkan, etnik-etnik orang ulu semakin terpelihara daripada kepupusan. Semoga kaum orang ulu dapat meneruskan kemandirian kaum mereka demi memastikan anak cucu kita mengenali keunikan kepelbagaian budaya di Malaysia amnya, dan di Sarawak khasnya.
-Nizam GTZ
Info gambar, kredit kepada http://theuniqueoflife.blogspot.my/…/orang-ulu-pekain-tradi…
Sumber:
1. http://www.journeymalaysia.com/MCUL_orangulu.htm
2. http://www.theborneopost.com/…/pertahankan-budaya-tradisio…/
3. http://ladybeuty.blogspot.my/2013/07/bangsa-kenyah.html?m=1
4. https://parokiapokayan.wordpress.com/…/perkawinan-suku-ken…/