• Laman Utama
  • Kenali Kami
  • Blog
  • Artikel Terbaru
  • Hubungi Kami
  • Privacy Policy

Artikel Terbaru

  • Renting A Property

  • How to Get Higher Marks in College

  • When Is The Right Time To Buy A House?

  • The Types Of Inside Palm Plant

  • Are You Looking To Buy and Sell Properties in Malaysia?

The Patriots - Moving Forward As One. © 2014 ThePatriots.my. All rights reserved.
The Patriots

Kenalkah anda akan individu dalam gambar ini? Ramai yang tidak mengenalinya. Namun, nama-nama seperti Adolf Hitler, Mao Zedong, Mehmed Talaat Pasha dan Joseph Stalin seringkali dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai. Semestinya, individu dalam gambar sepatutnya menghasilkan kebencian yang serupa seperti Adolf Hitler dan Benito Mussolini.

Nama individu ini adalah Leopold II, Raja Belgium 1867-1909. Baginda menguasai Congo selepas kegagalan-kegagalan di Asia dan Afrika dengan ‘pembelian’ negara tersebut. Selepas itu, bermulalah penghambaan rakyat Congo dengan penipuan bahawa usaha-usaha beliau sebagai ‘saintifik’ dan ‘murah hati’ dibawah panji Masyarakat Afrika Antarabangsa.

Tujuan baginda adalah sama seperti kolonialis-kolonialis yang lain. Pengeksploitan ekonomi demi kepentingan sumber alam. Congo merupakan negara yang kaya dengan sumber alam – cobalt, kuprum, niobium, tantalum, berlian, EMAS, PERAK, zink, tin, uranium dan arang batu. Dan Congo juga merupakan antara negara paling miskin dalam dunia pada masa ini.

Dibawah penguasaan Leopold II, masyarakat Congo dihumban dalam kem-kem buruk paksa, pencacatan tubuh badan, hukuman bunuh, seksa dan juga ketenteraan peribadi. Baginda pada asalnya memulakan perusahaan gading gajah, dan kemudiannya bertukar kepada industri getah selepas berlakunya kenaikan harga getah pada sekitar 1890-an.

Tetapi, masyarakat global tidak akan mendengari nama baginda di media, atau nama Manuel II yang mengusahakan gerakan perampasan Melaka. Seramai 2-15juta orang dijangka terkorban akibat kerakusan Leopold II, tetapi nama beliau tidak akan didendangkan dalam konteks yang sama seperti “Adolf Hitler” walaupun kedua-dua mereka melaksanakan kezaliman yang tidak boleh diterima masyarakat yang mencintakan kemanusiaan.

Raja Leopold II merupakan salah seorang yang mengusahakan ketuanan kulit putih. Dan dibawah imperialisme ini, mangsa-mangsa ibaratkan abu yang akan ditiup angin… ataupun ukiran nama pada pasir yang menanti saat dibadai ombak.

Akan tetapi, agama Islam pula dilabel sebagai keganasan alam, dan bermula pula usaha-usaha untuk membanteras semua agama demi keamanan global.

Apakah perbuatan Leopold II, Adolf Hitler, Mehmed Talaat Pasha, Benito Mussolini, Joseph Stalin dan Mao Zedong dihalalkan dalam ajaran Islam, Kristian, Yahudi atau Buddhisme?

0
FacebookTwitterPinterestEmail
Jayden Sims

previous post
TRAGEDI PESAWAT MH653 DI TANJUNG KUPANG
next post
EKSPEDISI GUNUNG STONG

Related Posts

SEORANG LELAKI BERBANGSA ARAB MENGAMUK & MEMARAHI SEORANG...

17 RAMADHAN 002 HIJRI : PERANG PERTAMA DALAM...

KAJIAN TENTANG DNA MELAYU YANG ORANG MELAYU HARUS...

MALAYSIA, DI MANAKAH TENTERA KALIAN? KENAPA TAK JEJAK...

Kategori

  • Artikel Terbaru
  • Blog

Tags

buying a house in malaysia properties in malaysia

Hubungi Kami

Facebook Twitter Instagram Pinterest Youtube Email

Post Terbaru

  • Renting A Property

    June 8, 2020
  • How to Get Higher Marks in College

    May 18, 2020
  • When Is The Right Time To Buy A House?

    January 20, 2020
  • The Types Of Inside Palm Plant

    October 23, 2019
  • Are You Looking To Buy and Sell Properties in Malaysia?

    October 23, 2019
  • Already Proven Interview Attire that Leaves A Positive Impression

    October 17, 2019

The Patriots - Moving Forward As One. © 2014 ThePatriots.my. All rights reserved.

Terms and Conditions