The Patriot adalah sebuah organisasi yang mengumpulkan para penulis di alam maya demi bermatlamatkan untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang lebih bagus daripada hari ini. Ianya diasaskan oleh Jamalaee Bashah dan Helmi Effendy pada 13 Disember 2013, dengan objektif dan matlamat mahu membawa perubahan dari pelbagai aspek kepada rakyat Malaysia.
Antara langkah yang menjadi pegangan The Patriots adalah dengan menerapkan budaya ilmu, dan membentuk pembaca dan pengikut yang berminda kritis dalam pelbagai aspek.
Objektif
1. Malaysia Bersatu
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu rakyat Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2. Masyarakat Berjiwa Bebas
Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
3. Masyarakat Demokratik Yang Matang

4. Masyarakat Bermoral & Beretika

5. Masyarakat Yang Bertolak Ansur
Mewujudkan masyarakat yang bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6. Masyarakat Yang Saintifik Dan Progresif
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
7. Masyarakat Penyayang Dan Budaya Menyayangi
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8. Masyarakat Yang Adil Dalam Bidang Ekonomi
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
9. Masyarakat Makmur
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Visi
Rakyat Malaysia kena berada dalam saf barisan hadapan di dalam segala aspek.
– The Patriots berhasrat mengembangkan kepentingan ilmu melalui teladan dan pengajaran sejarah kepada rakyat Malaysia.
Proses Urbanisasi dan Globalization tidak akan merosakkan elemen kebudayaan, peradaban dan tata susila.
– The Patriots berhasrat membawa rakyat Malaysia maju ke hadapan dan mengekalkan sifat Glocalization (Think global, Act local)
Lahirkan lebih ramai pemimpin akan datang seperti Tun Dr. Mahathir.
– The Patriots berhasrat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang BERILMU, BERKETERAMPILAN dan BERJIWA BANGSA.