MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK
Terletak di Taman Tasik Perdana (Lake Garden), Memorial Tun Abdul Razak merupakan bekas kediaman rasmi perdana menteri ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dari tahun 1962 sehinggalah kematiannya pada tahun 1976. Bangunan yang dikenali dengan nama “Sri Taman” ini menyimpan pelbagai koleksi antik milik Tun Abdul Razak dan keluarganya yang dikekalkan di kedudukan asal seperti perabot, katil dan meja. Di halaman memorial ini pula terdapat replika rumah peneroka Felda yang dicetuskan oleh Tun Abdul Razak. Memorial Tun Abdul Razak dibuka pada setiap hari Selasa-Ahad dari pukul 10 pagi ke 5:30 petang. Masuk adalah percuma.